Masruh Siadik, anda kenal siapa dia?
Barangkali anda tidak mengenal siapa dia, kerana dia hanya seorang seniman kecil, yang dengan segala susah payahnya cuba menghidupkan lagu isun-isun, sebuah budaya Bajau dan Iranun (Pamiula dalam bahasa Iranun), yang hampir pupus.
Dan hampir dilupakan.
Masruh, hampir keseorangan berjuang menghidupkan budaya isun-isun ini.
Setiap kali ada jemputan, Masruh jarang menghampakan.Beliau akan menggesek biola dengan alunan pantun-pantun yang mengusik jiwa.
Kalau dahulu, isun-isun yang dipersembahkan ketika majlis keramaian, samada menyambut kelahiran, perkahwinan atau menunaikan nazar, mempunyai peminat yang tersendiri di kalangan masyarakat. Mereka sanggup bersengkang mata semata-mata untuk menyaksikan persembahan isun-isun itu yang biasanya berlangsung kira-kira jam 10.00 malam iaitu selepas majls betitik atau kulintangan, hinggalah matahari terbit keesokan paginya.
Pantun-pantun dalam bahasa Melayu, dan bahasa bajau, pantung kalang empatnya dilagukan menurut episod-episod atau jalan cerita yang ditentukan oleh pemantun-pemantun. Biasanya ia berkisar kisah kehidupan, suka dan dukanya.
Kini isun-isun jarang-jarang diadakan kerana penggiat-penggiatnya semakin tua dan kurang bermaya.
Tinggallah Masruh, berjuang sendirian untuk menghidupkan budaya bangsanya.
-Betul, ada lagi orang yang berusaha menghidupkan budaya itu.Persatuan Sama Sabah (PSS), USBO dan sebagainya. Tetapi sejauh mana mereka berusaha menghidupkan roh budaya itu? Alangkah baiknya jikalau orang seperti Masruh dapat dibantu?
3 comments
HARIMAU MATI TINGGALKAN BELANG
MANUSIA MATI TINGGALKAN NAMA...
bukankah begitu?
hello, En Abd. Naddin Hj. Shaiddin, saya Phebe.
saya berminat dengan alat muzik tersebut - Pamiula dan beliau - En. Masruh Siadik. adakah mungkin saya berpeluang untuk berjumpa dengan kamu atau contact number untuk berhubung dengan kamu selanjutnya? terima kasih.
hello, En Abd. Naddin Hj. Shaiddin, saya Phebe.
saya berminat dengan alat muzik tersebut - Pamiula dan beliau - En. Masruh Siadik. adakah mungkin saya berpeluang untuk berjumpa dengan kamu atau contact number untuk berhubung dengan kamu selanjutnya? terima kasih.