Isnin, 9 Februari 2009

Lichong kemalangan

Tags

Hari sudah teramat gelap ketika saya menerima khabar menyedihkan itu daripada Myzatul Akhma. Bos kemalangan, katanya. Saya sangat sedih.

Kami semua rasa sedih. Orang yang kami panggil bos itu, adalah pengarang berita Utusan Borneo, Lichong Angkui. Saya biasa memanggilnya Cif.Kami berasa akrab dengannya tetap menaruh rasa hormat dan segan kerana beliau merupakan senior kami, dan saya sendiri secara peribadi amat terhutang budi dengannya kerana beliaulah yang memberi saya peluang menulis di Berita Harian pada penghujung 80-an dulu. Sebelum berkhidmat di UB, beliu merupakan Ketua Biro BH di Sabah.

Bos kemalangan. Itulah kataMy dalam smsnya.Saya terus menghubungi rakan-rakan di Beaufort, tapi berita itu belum sampai kepada mereka. Saya menghubungi Tel Lichong dan mengharapkan ada orang yang akan menyambut telefonnya. Saya hanya mendengar dering nada lagu Ebiet, perjalanan ini terasa sangat menyedihkan. Sayang engkau tak berada disampingku kawan.Banyak cerita yang mestinya kau dengarkan....

Saya belum tahu apa cerita selengkapnya tapi saya tahu perjalanan itu sangat menyedihkan. Khabarnya, Ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Kampung Tahak, Membakut.Hari sudah jam 11.00 malam (Ahad) ketika kemalangan itu berlaku di KM22, Jalan Papar-Beaufort.

Sesampainya di Simpang Membakut, kereta yang dipandunya bertembung dengan Kancil yang dipandu seorang wanita.

Beliau dilaporkan mengalami kecederaaan di bahagian paha dan kaki serta calar di bahagian muka.

Keadaan beliau dilaporkan stabil dan kini masih dirawat di Hospital Beaufort.

Kita berdoa, Semoga beliau cepat sembuh

2 comments

SAYA HANYA MENYEDARI BERITA SEDIH INI MELALUI SAHABATKU NADIN.SEBAIK SAJA MENERIMA PANGGILAN NADIN AKU JUGA TERUS MENGHUBUNGI HP LICHUNG NAMUN HANYA NADA DARING LAGU EBIT YANG KU DENGAR SEAKAN TERSENTUH MENDENGAR KATA KATANYA BANYAK CERITA YANG INGIN KU SAMPAIKAN NAMUN ENGKAU TIADA DISISI... MELALUI BEBERAPA SAHABAT AKU PESTIKAN KEADAAN LICHUNG SETABIL SYUKURLAH KEADAANNYA SETABIL SAYA DAN KELUARGA MENDOAKAN AGAR BELIAU CEPAT SEMBUH DAN JIKA ADA KESEMPATAN INGIN JUGA MELAWAT BELIAU DI HOSPITAL BEAUFORT KEPADA NADIN TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAT

Semoga Lichong cepat sembuh..
Sesungguhnya malang itu tidak berbau.Kalau berbau, kita pasti akan menyimpang awal2.Sya sendiri pernah mengalami kemalangan.. nasib hanya mengalami kecederaan ringan.