Khamis, 5 Februari 2009

gaji sebulan hanya 20 ringgit!

Tags

Apa yang lebih penting dalam kehidupan ini, ialah kehidupan itu sendiri, kata Anthony Joon, 84, seorang pesara kerajaan. Beliau kelihatan masih sihat walafiat meskipun usianya sudah beranjak senja. "Kesihatan nombor satu, jangan fikir duit semata, utamakan kesihatan, health is wealth," katanya kepada saya ketika kami bertemu di sebatang lorong di KK.

Anthony berkhidmat selama 35 tahun dengan jabatan keretapi sehinggalah beliau bersara kira-kira tahun 1990.

"Enam bulan sebelum Jepun masuk, saya diterima bekerja di Jabatan Keretapi," katannya sambil memberitahu, waktu itu, Jabatan Keretapi masih disebut Railway Department.

"Waktu itu, gaji saya 20 ringgit sebulan," katanya. Saya terbelalak demi mendengar jumlah gajinya yang kecil itu. Tapi ketika itu, jumlah itu sudah boleh dikira lumayan. Tapi bagi kita yang hidup di zaman sekarang, kadar gajinya itu agak mencengangkan.

Tetapi lebih mencengangkan lagi ialah apabila Anthony memberitahu bahawa beliau hanya mengeluarkan tiga ringgit untuk menampung perbelanjaan dalam tempoh sebulan. Tiga ringgit sebulan!.

Cuba bayangkan apa yang dapat dibeli dengan wang tiga ringgit pada tahun 2009 ini. Dulu orang hanya perlu 3.00 ringgit untuk belanja.

"Jangan fikir duit," katanya. "What is important is life itself", katanya.

1 comments so far

Ya. Kalau yang difikirkan cuma duit, sampai ketikanya kita akan rasa ada sesuatu yang hilang. Bukan hilang sedikit tapi banyak.