Khamis, 12 Februari 2009

Anakku mengejar singa

Tags








Sebelum pulang kampung 29 Januari lalu, bersama keluarga kami sempat bersiarsiar di ibu negeri. Sitti Mehran dan Ahmad Fawzan gembira sekali melihat tarian singa. Ahmad Aliff Farhan yang masih kecil , baru satu tahun juga rasa seronok melihat tarian singa itu.
Ketika itu, kami baru memasuki kompleks belia belah. Sebaik melihat singa-singa itu beraksi, anakku mengejarnya. Mengejar singa. Mujurlah ia bukan Bushman yang mengejar singa di belantara Afrika tetapi ia mengejar Singa di Wisma Merdeka. Mereka rasa seronok melihatnya. Apatahlagi sang singa itu jinak dan merapati mereka, menganga mulut dan melibaskan ekornya.
Tahun ini Tahun Ox, kata kawan saya. Membawa banyak tuah bagi masyarakat Cina.
Tarian singa merupakan salah satu tarian yang amat dibanggakan oleh kaum tionghua. Geraknya tangkas dan menghibur, melompat, beraksi dan siap menerkam.
Tapi Bila diperhatikan dari dekat, rupanya ramai penari singa itu terdiri daripada kaum non cina,antaranya orang Dusun, orang Bajau dan sebagainya.
"Banyak orang kita yang pandai menari tarian singa," kata isteri saya.
Kepandaian mereka menari tarian itu membuktikan betapa kukuhnya integrasi di kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.Mungkin di negeri lain tidak begitu,
"Asalkan kita jangan jadi singa-singa kuasa yang membaham tanpa memilih mangsa, okeylah" kata saya ditengah hiruk pikuk kebisingan itu.