Jumaat, 5 Disember 2008

Benarkah orang Bajau tidak pandai mengira?

Tags



Benarkah orang Bajau tidak pandai mengira? Kami bertanya kepada pakcik Samad Tawau begitu ketika kami duduk minum di salah sebuah gerai di Pasar Tani Kota Belud selasa lepas.
Kami sebenarnya sekadar iseng-iseng saja kerana timbul persoalan di benak kami mengapa orang bajau menyebut, dangan (untuk satu orang) duangan (dua orang ) telungan (tiga orang). Tetapi jika untuk mengira empat orang, orang Bajau menyebutnya empat orang dan bukan empatngan dan sebagainya. Persoalannya kiraan bajau sampai tiga saja?Orang Bajau kalau mengira dangan, duangan, telungan, empat orang, lima orang, enam orang, etc
Kami tanyakan kepada pakcik Samad. Pada mulanya, katanya kepada kami, orang Bajau datang ke Kota Belud, hanya bertiga, sebab itulah kiraan hanya sampai telungan.
Sampai sekarang kami mencari jawapannya.Kerana sebagai orang yang mempunyai darah bajau, saya berasa patut mengetahui jawapannya. Saya teringat pensyarah UMS, Dr.Saidatul Nornis Haji Mahali, saya ingin menghubugi, mana tahu beliau ada jawapannya.

7 comments

Assalamu'alaikum.

Tahniah! Sudah ada blog sendiri.

Kita saling kenal. Kita kenal sudah lebih satu dekad. Terima kasih kerana pernah memberi tunjuk ajar. Malang sekali, saya sepi. Sepi tanpa karya. Tanpa hasil yang boleh dikongsi bersama. Punya keinginan kuat untuk menghasilkan sesuatu tapi kecundang dalam benak sendiri.

Sesekali tanpa diundang, saya akan sering singgah di sini. Mungkin sebagai pemerhati atau mungkin akan meninggal jejak.

Yang agak menggembirakan saya hari ini ialah menerima komen daripada seorang sahabat yang menamakan dirinya aranam, yang menyebabkan saya tertanya tanya siapa gerangan empunya diri.
Terima kasih kerana memberikan komen dan mengunjungi blog saya. Tk

Orang Kelantan juga biasa menyebut hingga 3 rial sahaja. Kalau 4 mereka akan sebut 4 ringgit. 1 rial, 2 rial, 3 rial dan 4 ringgit dan kembali semual 5 rial, 6 rial dan seterusnya. Kenapa angka 4 disebut ringgit. tidak disebut rial. Sila berikan jawapannya.

Bungaraya,
rupanya orang Bajau dan orang Kelantan mempunyai persamaan-persamaan. Terima kasih atas info.
Mari kita mencari sebanyak banyak persamaan di antara kita, anak malaysia.
Sayapun masih juga mencaricari jawapan, mengapa kiraan hanya sampai angka tiga. Mungkin ada blogger yang lain boleh memberikan pendapat.

Assalamu'alakum bang.

Terima kasih atas informasi ini. Baru pula Ezza menyedarinya. Hehe.

Aku lalu blog ni kebetulan pula ada cerita pasal bajau. berkenaan nombor tu, pendapat aku depends on entik bajau mana satu .. sebab bajau ni perkataan yang mewakili pelbagai etnik yang mempunyai persamaan bahasa / cara hidup / etc. Apa pun memang dah tetap nombor tu macam tu... kalau aku bajau semporna ( aku rasa nama rasminya bajau simunul) , rakayu,rua,tullu,ampat,lima,onnom,pitu, walu, siam , sampu.

persoalan imbuhan ditambah atau tidak itu bukan masalah sebab perkataan bajau ada ciri fleksibiliti yang tinggi; makna satu ( nombor satu lah ) dalam bajau simunul sahaja ada beberapa perkataan; rakayu,dakayu.

Kalau 'dangan' tu, merujuk kepada manusia sahaja, maksudnya seorang

Ketika meng'google' 'kalang sama' saya terjumpa post ini. Masa itu saya baru di tingkatan satu (1965), guru sejarah kami cerita tentang kiraan Bajau. Mengikut cerita guru itu, sekumpulan orang Bajau belayar, mungkin dari Malaya, Filipina atau Indonesia, tiada tahu sebab tiada sejarah bertulis mengenainya. Dalam pelayaran itu kapal mereka diserang ribut dan ombak besar dan satu demi satu daripada mereka jatuh hilang kedalam laut. Hanya tiga orang saja terselamat.Seorang daripada mereka kira yang ada didalam kapal: dangan, duangan, telungan.