SUHAKAM DAN ISU TANAH,BERPISAH TIADA
Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN
TANAH adalah kehidupan. Hubungan manusia dengan tanah sangat rapat. Apabila hubungan ini diganggu, respons yang sangat beremosi akan timbul. Bagi masyarakat kampung di luar bandar, tanah mempunyai kaitan yang erat dengan kehidupan mereka. Bagi mereka, tanah adalah segala-galanya. Mereka bergantung hidup kepadanya.Tanah adalah sumber kehidupan bagi masyarakat. Itulah kata-kata Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tan Sri Simon Sipaun.
Berdasarkan jumlah aduan yang diterima oleh Suhakam, adalah jelas bahawa hal-hal tanah merupakan perkara utama yang membimbangkan penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman. "Reaksi mereka yang ketara terhadap pencerobohan ke atas tanah mereka adalah difahami memandangkan ianya mempunyai kesan langsung terhadap kehidupan mereka.
Sepanjang dua tahun lalu, Suhakam telah menerima 227 aduan berkaitan isu tanah. Daripada 501 jumlah aduan yang diterima pada tahun 2006, 131 daripadanya berkaitan dengan hal-hal tanah. Pada tahun lalu, Suhakam menerima 301 aduan dimana 96 daripadanya berkaitan hal-hal tanah. Simon yang juga Pesuruhjaya Suhakam Sabah berkata, daripada 301 aduan itu, 16 kes berjaya diselesaikan manakala 140 kes masih dalam tindakan dan 145 kes aduan lagi tidak memerlukan tindakan.
Persoalan yang sering timbul, kata mantan Setiausaha Kerajaan Negeri ini, ialah ketidakadilan yang dirasai oleh pemohon-pemohon tanah. "Banyak orang kampung yang memohon tanah kerajaan lebih awal tidak dilayan dan tidak diberi pertimbangan yang sepatutnya.
"Permohonan itu sama tidak mendapat sebarang jawapan, atau kalau adapun jawapan diberi , ia merupakan penolakan," katanya. "Malangnya, kawasan yang sama kemudian dipohon oleh pemohon lain, yang lebih berpengaruh atau mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak atasan, ia mendapat layanan yang lebih baik," katanya.
Perkara-perkara ini sering ditimbulkan setipa kali pengadu-pengadu membuat aduan kepada Suhakam. Katanya, Suhakam telah acap kali menarik perhatian pihak penguatkuasa negeri terhadap perkara berkaitan isu tanah. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Musa Haji Aman yang sedia menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan bagi menangani isu ini. Ketua Menteri sentiasa mengambil berat terjadap permasalahan berhubung hal-hal tanah dan sedia menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan bagi menangani isu ini. Walau bagaimanapun, Ketua Menteri menegaskan bahawa pengadu-pengadu harus mempunyai fakta-fakta dan angka-angka yang tepat, agar Kerajaan Negeri tidak digambarkan secara salah sebagai tidak bertimbang rasa, tidak sensitif dan tidak adil.
Terdapat sebilangan kes-kes dimana penduduk-penduduk telah menjual tanah yang diperuntukkan kepada mereka tetapi kemudiannya mengadu kepada kerajaan bahawa pemaju-pemaju telah menceroboh masuk ke dalam kawasan-kawasan tanah berkenaan.
Untuk menangani aduan berkaitan itu tanah, Suhakam telah membuat beberapa syor, antaranya menggesa supaya Ordinan Tanah Sabah (Cap 68) perlu dikaji semula dan dipinda untuk menangani sebarang keraguan dan kekeliruan. Satu bengkel dapat dianjurkan dengan melibatkan pakar-pakar, wakil-wakil pengadu dan pihak-pihak yang berminat untuk mengenal pasti perubahan yang perlu dibuat, katanya.
Suhakam juga meminta supaya permohonan bertindih terhadap bidang tanah yang sama tidak patut dilayan dan Pembantu Pemungut Hasil Tanah tidak patut dibenarkan berkhidmat di tempat yang sama melebihi tiga tahun.
Seorang pengantara bebas patut dilantik bagi menjadi perantara kepada pertikaian tanah dan seorang pakar atau perunding tentang pentadbiran tanah harus dilantik untuk mengenal pasti punca masalah dan membuat cadangan bagi menyelesaikannya.
Permohonan-permohonan tanah harus dilakukan atas prinsip `siapa cepat dia dapat'. Sekiranya sesuatu permohonan ditolak maka alasan penolakan haruslah dimaklumkan kepada pemohon berkenaan.
Keupayaan pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Jabatan Tanah dan Ukur dan pejabat-pejabat tanah di Sabah haruslah dipertingkatkan melalui kursus-kursus latihan bagi menambah kecekapan dan sikap prihatin mereka.
Suhakam juga menggesa agar sebarang tanda yang menunjukkan amalan rasuah haruslah dilaporkan dengan segera kepada Badan Pencegah Rasuah untuk menyokong pendirian `toleransi sifar' Kerajaan terhadap rasuah.
Satu jawatankuasa Siasatan Bebas secara ad-hoc perlu ditubuhkan bagi menyiasat sebarang rungutan dan aduan terhadap permohonan-permohonan tanah yang telah ditolak; dan Seksyen Penialaian di Jabatan Tanah dah Ukur patut diasingkan daripada jabatan tersebut dan dijadikan satu jabatan yang beroperasi secara tersendiri.
Menurut Tan Sri Simon, Suhakam Sabah juga telah mengadakan Aktiviti-aktiviti dan program-program utama dengan memberi tumpuan kepada penyebaran hak asasi manusia di kalangan orang ramai. Seterusnya, program-program sebegini telah memperkasakan Suhakam untuk mencapai ke tahap akar umbi dan memberi penjelasan tentang Suhakam dan tentang adanya pejabat Suhakam di Sabah, fungsi dan tanggungjawabnya, serta konsep hak asasi manusia.
Mereka yang dijemput ke program-program tersebut terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik dan masyarakat, pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua kaum, ketua-ketua kampung, wakil-wakil badan bukan kerajaan, guru-guru, pelajar-pelajar, pembesar-pem,besar daerah dan kampung serta individu-individu yang berminat.
Semasa dialog yang diadakan dalam setiap aktiviti, Suhakam berpeluang untuk menilai tanggapan dan kefahaman para peserta tentang Suhakam dan hak asasi manusia. ia juga merupakan satu forum untuk peserta-pesetrta mengutarakan aduan dan rungutan terus kepada wakil-wakil pihak berkuasa berkaitan, yang seterusnya dapat memberikan penerangan menurut pandangan mereka. Banyak persoalan juga dapat dijawab dengan serta merta. Dengan itu, Suhakam berupaya membantu mempertingkatkan persefahaman di antara pengadu dan agensi-agensi kerajaan terutama sekali pegawai-pegawai penguat kuasa.
Sesi-sesi dialog di tahap akar umbi dinamakan Suhakam Bersama Rakyat dan Suhakam Bersama Pelanggan yang diadakan di tamu-tamu bagi memberikan gambaran yang tepat dengan matlamatnya. Program-program ini telah dirancang dan dainjurkan dengan kerjasama erat dan bantuan daripada pegawai-pegawai daerah berkaitan yang telah memberi sokongan terhadap usaha-usaha Suhakam ini.
Suhakam telah membuat beberapa program menemui rakyat di beberapa daerah termasuk mengunjungi kampung-kampung terpencil selepas menerima aduan mengenai pelbagai isu. Suhakam telah melawat Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Beluran, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Keningau dan banyak lagi tempat lain. Bahkan pesuruhjaya Suhakam bersama pegawai dan kakitangan Suhakam sanggup berjalan kaki atau meredah sungai semata-mata untuk menemui orang kampung yang membuat aduan hak asasi mereka dicabuli.
"Kadang-kadang ada aduan yang tidak sedap didengar oleh pegawai kerajaan, dia fikir kita pembangkang. Sementara itu, pembangkang pula memikirkan kita tidak lebih daripada harimau tanpa gigi, atau tempat orang-orang bersara. Tetapi saya ingin menegaskan bahawa hak asasi seorang manusia tidak dianugerahkan oleh sesiapapun. Hak kita sebagai manusia diberikan oleh Tuhan dan bukan dianugerahkan oleh sesiapapun dan tidak boleh direbut oleh sesiapapun. Kita dilagirkan di dunia bersama hak-hak kita. Di mana ada hak, di situ ada tanggungjawab. Ini bermakna hak-hak dilaksanakan dalam keadaan ianya tidak melanggar hak-hak orang lain." jelasnya panjang lebar.
Beliau menegaskan Suhakam hanya berpihak kepada hak-hak asasi manusia. "Kita bukan pro kerajaan, kita bukan pro pembangkang, kita bukan pro NGO, kita bukan pro sesiapapun, kita hanya pro kepada hak asasi manusia.
Hak Asasi Manusia (HAM) adalah hak yang tidak boleh dipisahkan dan kebebasan yang layak bagi setiap insan sebagai manusia. Hak-hak itu menjamin maruah dan harga diri insan serta menggalakkan kebaikan insani.Hak asasi manusia berbentuk sejagat, tidak boleh dipisahkan dan saling bergantung.
Hak-hak ini merujuk kepada kebebasan asasi seperti termaktub di bawah 30 perkara Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang diisytiharkan dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bngsa Bersatu pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini mengumumkan bahawa setiap insan dilahirkan bebas dan sama rata dari segi maruah dan hak.
Apakah yang dikatakan Perisytihran Hak Asasi Manusia Sejagat itu, tanyanya. Sebagai seorang manusia , antara hak-hak asasi kita ialah Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin; Hak untuk dilindungi oleh undang-undang yang sama; Hak kebebasan berfikir, kesedaran dan beragama; hak kebebasan memberi pendapat dan bersuara; Hak kebebasan daripada sebarang gangguan terhadap hak persendirian, keluarga, kediaman dan surat menyurat;Hak kebebasan bergerak dan bermastautin di dalam negara sendiri.
Sebagai manusia kita juga memiliki Hak Kebebasan daripada seksaan atau layanan berperikemanusiaan atau merendahkan martabat; Hak perbicaraan awam yang adil dan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahan;Hak menikmati tahap kehidupan yang mencukupi bagi kesihatan dan kesejahteraan diri dan keluarga anda; hak untuk bekerja dan upah yang sama mengikut pekerjaan;Hak untuk mengambil bahagian secara bebas di dalam kehidupan masyarakat berbudaya, menikmati seni dan berkongsi dalam kemajuan saintifik serta faedahnya dan Setiap orang berhak ke atas hak-hak kebebasan yang termaktub di dalam Perisytiharan tanpa mengira bangsa, warna, kulit, jantina, bahasa,agama, fahaman politik, atau lain-lain fahaman, asal usul sosial atau negara, harta, kelahiran atau lain-lain status.
Beliau berkata, kini semakin ramai anggota masyarakat di negeri yang menyedari hak-hak asasi manusia. Ini semuanya penting dalam usaha kita membangun sebuah masyarakat yang bermaruah, mempunyai harga diri, mampu menghormati orang lain, beradab dan bertamadun.