Jumaat, 24 Oktober 2025

CATATAN SELEPAS REUNION SMK TIMBUK 1981-1985 DI PANTAI MERDEKA

 

 

CATATAN SELEPAS REUNION SMK TIMBUK 1981-1985 DI PANTAI MERDEKA

 Di bawah langit biru yang cerah dan hembusan bayu laut yang menyegarkan, Kira-kira 70 alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi (SMKTG) sesi 1981–1985 berkumpul dalam suasana penuh mesra dan nostalgia sempena majlis  reunion “Setemu Temu Kiti” yang berlangsung meriah di pesisir Pantai Merdeka Nanamun.


 Pemandangan laut yang membiru menjadi latar sempurna untuk pertemuan yang telah lama dinanti. “Lebih 10 tahun juga kita mengimpikannya, tak pandai jadi jadi, kata Seli yang duduk di sebelah saya,merujuk ketika mula mula WhatsApp grup ,Alhamdulillah akhirnya kita dapat juga mengadakannya, walaupun menghadapi pelbagai fasa turun naik dalam kesibukan masing-masing.


foto dari dalam khemah

meriah dan menggembirakan selepas 40 tahun terpisah






Antara alumni yang sempat  bergambar ramai

Abd Naddin  menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah kepada Puan Masjuta Tiukup

Hadiah cabutan tiket bertuah kepada Hjh Jay
Ibrahim Hi Sibil @yaim menerima hadiah cabutan tiket bertuah
Ratneh menerima hadiah cabutan tiket bertuah




Seli Buki menerima hadiah cabutan tiket bertuah

Suasana ceria jelas terpancar di wajah para alumni yang datang dari pelbagai pelusuk membawa bersama kenangan zaman persekolahan yang tidak pernah pudar dimamah waktu.

 

Madlin Awang, pengerusi penganjur menyampaikan ucapan

Apa yang melucukan tu ketua?

Ada tulis perkataan kali pertama ka?

Majlis dimeriahkan dengan gelagat lucu pengerusi penganjur, Madlin Awang, yang berjaya mencuit hati hadirin dengan celotehnya yang bersahaja dan penuh jenaka. Tidak ketinggalan, barisan AJK penganjur yang begitu sporting dan komited memastikan kelancaran acara dari awal hingga akhir, mencuri perhatian ramai dengan semangat kerjasama yang luar biasa.

Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada kita semua  —bukan sebab berjaya hadir ke reunion ni, tapi sebab berjaya hidup sampai ke umur ni tanpa kena tahan disiplin lagi,kata Madlin dalam ucapannya.

 Dulu kita pernah lari dari perhimpunan, sekarang kita lari dari kolesterol dan tekanan darah tinggi.

 “40 tahun bukan sekejap. Kalau dulu kita pakai baju sekolah saiz S, sekarang... saiz S pun kita pakai, tapi maksudnya “Susah nak muat.” 

Terima kasih kepada AJK Pelaksana diketuai Madlin Awang, Siti Rumajah Okk Haji Anuar, Ismail Madil, Hajah Jaymin Anjah, Ratneh Sahari Moksan, Sabli Sik, Asri Noud, Maslin Misun, Rafnah Samli.

 Sebagaimana yang kita semua maklumi, kita adalah Batch pertama yang menduduki peperiksaan pertama SPM di Smk Taun Gusi. Kita juga adalah antara angkatan pelajar pertama yang belajar di Smk Taun Gusi ketika mula mula sekolah ini dibuka pada 1982. Kita berada di sekolah ini ketika ia dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kini PMX pada 1983, katanya.

 Sekolah kita tentu sekali mengalami banyak perubahan. Tetapi saya harap silaturrahim di antara kita terus berkekalan.,katanya

 “Saya dengar dan baca macam dalam grup WhatsApp kita. Ada gurauan, usikan bahkan ada yang menghantar emoji dan sebagainya. Ada juga cerita tentang makanan  ada yang  cerita tentang anak, tentang cucu. Dalam reunion kita pula, Ada yang datang dengan suami/isteri. Ada juga yang datang dengan... kenangan. Tak apa, semua diterima. Yang penting, kita datang dengan hati yang gembira,” katanya.

 Bagaimanapun dalam kita bergembira, tidak lupa kita bacakan dan hadiahkan bacaan alfatihah kepada rakan rakan kita yang sudah lebih dulu pergi mendahului kita. Alfatihah. 

Menurutnya, yang terbaru sahabat kita arwah cikgu Lamsudi Sairnika yang pergi tanpa disangka sangka sewaktu kita sedang dalam perancangan mengadakan majlis reunion ini. Arwah begitu beriya iya mengatur agar majlis reunion kita  ini berjalan lancar dan mengajak rakan rakan lama untuk hadir. Tetapi beliau pergi lebih dahulu,pemergiannya amat dirasakan. 

Sebelum itu, kita juga mengenang pemergian arwah saudara Amirjan Nior beberapa tahun lalu dimana beliau juga sangat bersemangat untuk menganjurkan program Reunion ini.namun selepas pemergiannya kita terhenti seketika oleh rasa sedih. 

Namun akhirnya setelah kira kira sepuluh tahun selepas idea menganjurkan pertemuan ini di cetuskan, kita rasa bersyukur kerana akhirnya kita dapat menjayakan majlis Reunion di pantai merdeka ini. 

 (Ketika artikel ini ditulis, tiga orang lagi rakan sekolah Kembali ke rahmatullah, iaitu arwah Jefri Tommas, Abdullah Latuh dan arwah Mohd Albe Haji Bistari).

Hampir semua alumni sekolah yang hadir melahirkan rasa teruja atas penganjuran majlis reunion itu.


Imam Roy membacakan doa

Imam Mairun menyatakan rasa bersyukur kerana sempat hadir .Saya rasa menyesal kalau tak datang, katanya. Inilah saat kita bergembira berkumpul bersama sahabat handai ada yang 40 tahun tidak ketemu .Bahkan ketika membaca doa bagi memberkati majlis itu, Imam Mairun atau lebih dikenali Roy  di kalangan rakan rakannya rasa teruja oleh kehadiran rakan rakan alumni yang begitu membanggakan.

gambar paling mahal, kata Sar

Inilah masanya kita memberi kebahagiaan kepada semua sahabat kita yang begitu lama tidak ketemu .sungguh mengharukan

 Siapapun diantara kita tidak terlepas dari kematian itu satu ketentuan.sepanjang hidup kita pasti ada kenangan pahit dan manis.itulah ujian kehidupan kita masing-masing, katanya.

 “Sedih bana pan aku nia boi teko a.. Ngito banga kawan beta no nia setemu.,” kata Rusman Sebab yang tak dapat hadir.

 “dinakan maku maaf pan tak semimon Kawan-kawan. Rai telebih beragam .Akan aku lupa diri.Maklum no kau betah nia setemu a.. Sekali lagi saya mohon maaf Jikalau panjang umur Harap-harap run lagi reunion yang ke 2...Aamiin.,”kata Asri .

Bahagian paling  menarik tentulah juadah yang diisajikan. Pelbagai juadah tradisional yang menggamit selera. Antara menu yang menjadi sebutan termasuk: sambal Beluku hidangan tradisi yang jarang ditemui, disediakan dengan penuh kasih sayang, khabarnya Rosnatih yang bawa dengan sambal goreng jawa.Nonong bawa pulut sambal kelapa, pulut inti daun pisang,,Ajang bawa Nangka rempah beras – kombinasi unik rasa manis dan pedas yang menggoda. dan ayam rendang kunyit.

Sar bawa Nasi beriani , Mail bawa sup bangkur– aroma rempah ratus yang membangkitkan selera.

Sayap ayam dan kambing bakar sumbangan istimewa daripada Ratneh, yang mendapat pujian ramai.selain itu, mee goreng dan kari kepala ikan. Sabli pula bawa ikan untuk dibakar.

Hajah Jay bawa loor mangga dan loor kicap. Nasir bawa sayur rebung campur genturung dan udang masak merah. Egong bawa nasi linopot , sayur lada putih liking sama rendang ayam kunyit,

Rabatih bawa Pecal salad tradisional bersalut kuah kacang pekat yang menyelerakan.Entah siapa bawa bubur.?  Saya sempat makan dengan Roy dan Rangkum, kata Ajang

Sebenarnya makanan yang dihidangkan itu boleh dikatakan mewah dan banyak hingga tak dapat dihabiskan. Ada yang bawa makanan tanpa dirancang sekadar untuk menjamu rakan rakan. kerana AJK Pelaksana tidak diberitahu menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan meja yang mencukupi. Itulah sebabnya penyediaan makanan sedikit kucar kacir.

"Tapi syukurlah Lee. mula-mula kita risau makanan tak cukup, last-last lebih dari cukup.," kata Ajang.

Kuih-muih seperti penjaram puding beraneka rasa, dan aiskrim pelbagai perisa menutup tirai santapan dengan manis.

 Makanan yang disediakan begitu banyak hingga para tetamu tidak segan untuk “tapau” pulang, satu tradisi tidak rasmi yang menambah kehangatan suasana kekeluargaan.

Tapi jangan ada dusta di antara kita, teringat kata-kata yang selalu diucapkan oleh Hajah Jay.

Selain menjamu selera, para alumni turut mengambil peluang bergambar kenangan, bertukar cerita, dan berkongsi perkembangan terkini dalam hidup masing-masing. Gelak tawa, pelukan mesra, dan air mata kegembiraan menjadi saksi betapa kuatnya ikatan yang terjalin sejak zaman persekolahan.

 Majlis “Setemu Temu Kiti” bukan sekadar pertemuan, tetapi satu manifestasi kasih sayang dan persahabatan yang tidak luntur dek masa. Ia menjadi bukti bahawa walau masa berlalu, kenangan dan persaudaraan tetap utuh di hati.

Banyak kenangan yang tertinggal. Sdr Idaman ingat ketika imam Roy tercari cari kunci motornya, padahal di atas meja depannya saja, katanya.dan macam macam peristiwa lagi yang jadi kenangan.Habis seluruh kawasan Pantai itu saya telusuri untuk mencari kunci, kata Roy sambil bergurau mungkin ada awan yang sengaja menyembunyikannya,.

Itulah ingat ingat lupa....macam banyak berfikir, ujar Idaman

Idaman Milang menyampakan ucapan perkenalan

 “Insyaallah kalau panjang umur kita buat balik untuk yang kedua.Semua berharap begitu, sebab kita tidak tahu entah tahun depan kita tidak dapat bersua lagi, kata Roy,

Walaupun sedikit terlambat, Jainab datang juga walaupun katanya tanpa dirancang.”tapi niat diam atai ingin bana pan setemu temu ko dengan-kawan. , umur nea terati..ngoggo jo pan..biar sekajap..(umur kita tak tahu, datang juga walaupun sekejap)

Ratneh Sahari Moksan

 "Balik rumah bila tengok gambar-gambar kita semua rasa gembira dan terbaru.,kata Ratneh Tak sangka kita dapat bertemu dalam suasana yang begitu ceria dan gelak tawa.. Cuma agak terkilan ramai Kawan-kawan yang tidak sudi join sama dan ada juga bila ditanya jawapanya tidak berminat.. Sedih juga lah kalau di jawab begitu.. Tapi apa-apa pun next setemu temu kita rancang dengan lebih baik dan perbaiki kekurangan dan kesilapan, katanya.

Mainah memperkenalkan diri kepada rakan sekolah



Bergambar dulu kamu ba

Egong @ Mohd Salleh, nasir, Haji Asdin dan Matdin



Jari, Roy, Abd Rangkum, Mail dan Haji Asdin

Matdin, Yaim dan Baigam





Ahmad, Yaim dan seli

Pertemuan sebegitu juga sudah tentu tidak terlepas dari kelemahan. Ada komen Kawan-kawan, penyajian makanan kurang tersusun, padahal pelbagai jenis makanan tersedia. Ada komen muzik karaoke agak kuat sehingga mengganggu percakapan. Sepatutnya setiap alumni diminta bercakap sepatah dua dari tempat duduk mereka saja, tanpa disuruh ke depan, kerana ada yang masih malu bercakap di depan, itulah antara komen yang dapat dikutip dari grup whatsapp.


Apa yang diibincangkan tu lee?



Hajah Jay dan Madlin

'kadar  gula saya naik, tuan,"kata Hajah Jay, salah seorang yang menghidupkan reunon itu dan sukarela menyumbangkan beberapa lagu untuk menghiburkan kawan kawan.Hajah Jay disamping Ajang yang tak senang duduk memastikan program brrjalan lancar,Turut menghiburkan hadirin ialah Asri Noud, Lee,mama Siti (Masjuta Tiukup), nonong,Ratneh, Idaman, Dr Jamaluddin,Uteng (moktar) dan Maimumah.  Rakan-rakan alumni sempat menarikan manuk  manuk limbukun  sebelum majlis berakhir,tarian yang melambangkan keakraban dan kemesraan


Akhiruddin, Matdin dan Ismail Geran

Uteng menyanyi


menghiburkan


Santai dan bersahaja

Alumni juga mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada Datuk Ts Haji Mustapha Sakmud,  Timbalan Menteri Pengajian Tinggi rakan sesama alumni yang turut memberi sumbangan untuk menjayakan majlis itu.Ucapan yang sama kepada Puan Masjuta Tiukup dan Ahmad Jeragan yang menyumbang kanopi, Ratneh yang menyumbang sayap ayam dan kambing, malah turut mengimport suaminya, Kee Emran untuk membantu membakar bakar sayap .Terima kasih kepada mereka

Ada juga yang mengumbang hadiah lucky draw, kata Ajang, tapi tak mahu namanya disebut, kata Ajang,Rahsia, Rakan-rakan alumni  mendoakan  agar mereka dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan mereka.


Ismail Madil menyampaikan ucapan


 “Alhamdulillah Semoga semimon kiti dipanjangkan umur sihat selalu dipermudahkan segala urusan dan amun un rezeki buli lagi buat ti majlis tu semula dengan lebih baik., kata Ismail.

Kenangan terindah, kata Nuramah.Mudahmudahan kita semua dilanjutkan usia dan diberi kesihatan yang baik.

 


Jumaat, 5 September 2025

ALUMNI SM ST PATRICK TAWAU BATCH 87 ANJUR REUNION KE 3

ALUMNI SM ST PATRICK TAWAU BATCH 87 ANJUR REUNION KE 3

Kassim, Azis Hassan, Basran, Ayatullah, Sudirman Abdullah, Sudi, Rahman Shakir, Rahman Soga,  Rahman Silang, Dullah Matte, Datuk Hj Yusuf Kahar (DYK) , Azman, Mazlan, Nasir Hj Marsus, Jakaria ( Zack), Razali, Hamidi, Faizal Hj Zainal

Dari kiri- Sharifah Fauziah Syed Abdullah, Salubiah Dagar, Aisyah Nyompa, Salmiah Paisal, Rosdiana. Jaima Hapido, Andi Araleng Andi Dadi, Danah Rapa, Anita Dullah, Sofia Talip,  Beche Manno, Andy Faridah Yusof, Rosdiana Musirin, Roslina Rashid, Norsiah Sudin, Fauziyah Nurdin dan Dahniar Bahri.

PERSAHABATAN SEJATI bukan hanya soal kebersamaan, persahabatan sejati bukan soal siapa yang paling berjaya atau paling sempurna, persahabatan sejati adalah saling mengingati demi kebaikan dan menjadikan ukhuwah sebagai jalan mencari redha Allah.

Masa  sekolah mungkin sudah berlalu tetapi kenangan dan persahabatan yang tumbuh di sana tetap abadi dalam hati.

Reunion bukan hanya bertemu teman lama , ia bukan sekadar mengenang masa lalu tetapi mengingatkan bahawa kita semua pernah menuntut ilmu bersama-sama dalam alam persekolahan.

Rahman Silang yang berucap mewakili penganjur dalam ucapannya di hadapan kira-kira 70 bekas pelajar SM St Patrick Batch 87 yang menghadiri Alumni Dinner 87 di Aqidah Restaurant, Wisma YKL Batu 3 pada 31 Ogos lepas menekankan betapa pentingnya persahabatan dan silaturrahim terus dipupuk di kalangan bekas pelajar.

Rahman Silang bersama Masriah Mahmod dan Anita Dullah (setiausaha) adalah penggerak utama program yang penuh makna.

Waktu boleh mengubah penampilan tetapi tidak mampu menghapuskan persahabatan yang tulus., kata Rahman Silang, salah seorang dari tiga Rahman yang hadir dalam Alumni Dinner itu.

                                                  Rahman Silang  menyampaikan ucapan

Beliau mengucapkan terima kasih kepada - rakan alumni yang dapat meluangkan masa untuk hadir, meskipun ada yang datang jauh dari Kuala Lumpur, Kedah, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau sendiri.

Seorang lagi Rahman, iaitu Rahman Soga menjadi juru acara bersama Sophia Talib yang sempat menyampaikan beberapa buah lagu untuk menghiburkan rakan sekolahnya.

Tinggalkan pangkat dan jawatan itu diluar, persahabatan tidak mengenal status atau kedudukan di sini kita adalah rakan sepersekolahan, rakan seperjuangan, kata Rahman Soga. Reunion  bukan siapa yang paling sempurna, paling berjaya kerana masing masing punya jalan dan cerita hidup yang berbeza.

Dalam keterujaan pertemuan itu,   beliau juga membaca doa dan menghadiahkan bacaan alfatihah untuk semua rakan-rakan yang pergi terlebih dahulu iaitu arwah Bima Suharto, Abd Manan, Mohd Dun Semmang, Beche Samsudin, Sunarseh Swanto, dan Suria  Muhamad.

Sambil itu, beliau juga mengucapkan takziah kepada salah seorang penggerak utama program, Puan Masriah Mahmud yan tidak dapat hadir kerana baru kehilangan suami beberapa hari sebelum program itu diadakan

Alumni Dinner itu diadakan sempena usia mereka mencapai 55 tahun ini. Ini adalah program reunion kali ketiga selepas yang pertama pada tahun 2010 dan yang kedua pada tahun 2017.

 Sebenarnya tidak pernah terfikir akan adanya lagi Reunion kerana umur sudah pun mencecah 55 tahun, “ kata Fauziyah Nurdin kini bermastautin di Kota Kinabalu.



 “Kalaulah saya tidak datang pada malam itu , pastilah saya  merasa terkilan kerana malam itu suasana terasa seperti kembali zaman persekolahan yang penuh warna warni, gurau senda dan tawa riang jelas terpancar diwajah sahabat-sahabat saya, ‘ katanya.

 Silaturrahim yang terjalin kembali  itu sebenarnya bukan saja membuka pintu kegembiraan dan pintu rezeki yang tak terduga tetapi juga membuka pintu  maaf antara kita, kata Brig Jen Datuk Haji Yusof Kahar.

Datuk Haji Yusof Kahar
Beliau yang berucap mewakili pelajar batch 87 berkata, reunion itu bukan sekadar mengenang masa lalu tetapi meraikan perjalanan hidup yang dialami selama ini. Jalan hidup mungkin berbeza  kerana masing-masing punya kisah pengalaman selepas meninggalkan bangku sekolah.

Reunion itu mampu  menyegarkan semula persahabatan dan mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan mereka selepas lama tidak berjumpa.

Beliau juga  mengucapkan tahniah kepada penganjur Masriah Mahmud yang berusaha sedaya upaya mengumpulkan sahabat seperjuangan, sahabat sepermainan, sahabat suka dan duka untuk hadir dalam majlis itu yang diserikan dengan cabutan tiket bertuah, pilihan baju tercantik yang dimenangi oleh Anita Dullah, persembahan nyanyian dan pertunjukan silap mata yang mengeluarkan bendera Malaysia yang diiringi dengan lagu Merdeka dan patriotisma.

Yusof juga bagi pihak rakan-rakannya meminta maaf sekiranya ada kesalahan dan kekasaran samada berbentuk ucapan ataupun tindakan sewaktu masa persekolahan dahulu.

“Kita masing-masing sudah 55 tahun. Dalam usia kita ini, keluar masuk keluar masuk hospital, akhirnya masuk ke liang lahad juga,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran batch 88 dan batch 89 ke majlis itu yang menambah seri majlis itu.

Kiri Andy Salmah, tengah Rubiah(Ruby) dan Fatimah.

Dari kiri- Rozalina, Erwan, Rashidah Sabaktullah, Shairon, Samsiah Hj Sundu, Rahmawati, Werdaningsih, Andy Muliati, Indo Tuo dan Juman

Turut memeriahkan majlis ialah kehadiran Sudirman Haji Abdullah yang datang dari Cheras bersama isterinya, manakala Aziz Hassan datang dari Kedah.

Alumni Dinner itu bertambah meriah lagi dengan penyampaian hadiah. Salah seorang yang turut menyampaikan hadiah cabutan tiket  bertuah ialah Rahman Shakir.




Sekurang-kurangnya terubat juga rasa kerinduan sewaktu kita berada di zaman sekolah menengah., kata Rahman kemudian dalam grup whatsapp bekas pelajar.

Tahniah diucapkan kepada Ajk Penganjur Majlis Reunion pada malam semalam diatas kejayaan  menganjurkan majlis yang penuh bermakna bagi kita semua lepasan SM. St Patrick 87,88 & 89.

Walau dalam jangka masa dan dengan bajet yang terhad, dapat juga anda semua  komited melaksanakan tugasan yang luarbiasa untuk di lakukan di usia kita ini, katanya.

“Saya masih ingat guru kita Cikgu Mat Din @ Dino pernah berkata zaman persekolahan sekolah menengah lah saat yang akan paling manis dalam kehidupan  kita sebagai pelajar yang akan tetap segar dalam ingatan masing masing..ternyata memang benar..bermacam perkara  sebagai pelajar kita lalui,di masa itu lah kita bermula melangkah ke alam dewasa di segi pergaulan  berjumpa dengan kawan-kawan.

“Kita tidak bernasib baik, ramai  Kawan- kawan kita tidak dapat bersama kita.  Kita akur ..mungkin masing -masing ada hal yang tidak  dapat di elakkan dan mungkin ada yang tidak sihat.

Di hadapan kita semalam kita melihat figura seperti Datuk Hj Yusuf ,Rahman Silang ,Rahman Soga ,Sophia ,Anita & Araleng..Semua kita kenali di sebabkan perwatakan mereka yang Istimewa, katanya.






Majlis itu juga turut diserikan dengan acara memotong kek sebagai simbolik alumni sekolah itu sudah memasuki usia 55 tahun.

“Untuk Masriah .Salam takziah di ucapkan..Semoga arwah suami tenang di alam sana di ampuni segala dosa serta di tempatkan bersama para solihin..InshaAllah

“Tanpa mu majlis Reunion kita tidak mugnkin dapat dilangsungkan kerana kami tahu anda lah penggerak nya. Didoakan agar sentiasa bertabah dengan pemergian suami yang tercinta.

“semoga kita semua akan bersahabat sehingga ke akhir hayat., kata Rahman Shakir  lagi.

Alhamdulillah Wa Syukrillah majlis berjalan lancar dan meriah terima kasih buat semua sahabat-sahabat zaman persekolahan sahabat-sahabat zaman remaja yang sama-sama menjayakan Majlis Makan Malam Bersama 55 tahun batch 1987 SM St. Patrick Tawau.Terima kasih juga buat adik-adik kelas batch 88 & 89 yang sudi hadir bersama memeriahkan majlis ini. Kamu semua adalah yang terbaik, kata Masriah dalam mesejnya. 

Semoga ikatan ukhwah kita terus terjalin hingga ke akhir hayat.. Kita saling mendoakan sesama.

Semoga  kita semua sentiasa sihat dalam rahmat Allah diberi umur panjang yang  berkah dan keafiatan yang berpanjangan. Walaupun ku tiada bersama..tapi doa ku bersama kamu, katanya sambil memohon seribu kemaafan tidak dapat hadir bersama kamu semua di majlis tersebut kerana masih dalam suasana berkabung seperti yang kamu semua maklumi.

Majlis itu berakhir dengan doa dan harapan mereka akan bertemu lagi selepas lima tahun dalam majlis Réunion  Alumni SM St Patrick batch 1987 akan datang ketika masing-masing berusia 60 tahun.

 Silaturrahim yang terjalin ini membuka pintu rezeki, pintu maaf dan pintu kebahagiaan yang tak terduga.









nota...admin memohon maaf terpaksa delete beberapa gambar dan terpaksa menyunting semula artikel yang disiar sebelumnya atas permintaan pihak berkaitan. kesilapan amat dikesali