Rabu, 21 Disember 2016

walau di puncak gurun, kamu akan didengarkan

Tags

Kata-kata tidak mengenal waktu.Kamu harus mengucapkannya atau menuliskannya dengan menyadari akan keabadiannya, kata Khalil Gibran.
Kerana itu, saya cuba untuk menulis lagi, setiap pagi hari hari seperti kebiasaan yang dulu. Seperti banyak perkara yang berlalu tanpa tercatat, dan kemudian terfikir alangkah ruginya.
Terlalu banyak yang mahu dilakukan, hingga akhirnya tidak satupun yang siap dengan sempurna.
Demikian  hari ini aku mulai. Dengan tekad untuk menyelesaikan tulisan-tulisan yang  belum selesai dan merampungkan banyak tulisan yang sebelum ini sembunyi dalam komputer, sebelum ia terpadam atau terkena virus.
Jika kamu menyanyikan lagu tentang keindahan,walau sendirian di puncak gurun kata penyair Khalil Gibran, kamu akan didengarkan.