Saya sedang menghirup kopi radix di restoran choice ketika ternampak konvoi kereta yang mengibarkan bendera SAPP mengelilingi bandaraya Kota Kinabalu. Pada fikiran saya, SAPP mula menabuh genderang perang pilihanraya yang bakal menjelang entah bila. Mereka melancarkan perang psikologi, mungkin bagi menunjukkan parti pimpinan Datuk Yong Teck Lee itu masih relevan di hati rakyat Sabah.
Belum sempat berfikir panjang, Prof.Madya Mat Zin menelefon bertanyakan hal yang sama.Mengenai motif parti itu memasang bendera sana sini, dan saya memberi komen bahawa SAPP mengambil langkah bijak untuk mengingatkan rakyat mengenai mereka dan perjuangan mereka.
Kebetulan saya melihat Cikgu Raskan sedang menyeberang jalan. Beliau merupakan mantan ADUN dilantik ketika pemerintahan Berjaya dulu dan pernah pula dilantik sebagai Setiausaha Politik ketika pemerintahan BN.Beliau pernah juga menduduki jawatan Pengerusi Perkasa Holdings.
Beliau merungut mengenai alahan yang dihidapinya. Sudah berubat di SMC, katanya. Beliau bertanya mengenai beberapa perkembangan politik terkini. Apa lagi yang mereka mahu, katanya. Apa lagi yang mereka tidak syukuri, katanya mengulas mengenai spekulasi yang sedang bertiup, yang saya katakan, tunggu dan lihat apa yang akan terjadi.
YB Raskan, saya selalu memanggilnya begitu, bertanya pandangan saya sebagai wartawan dan saya memberikan rasional, mengikut pendapat saya sendiri mengenai senario politik yang berlaku.
Saya memberitahunya bahawa perjuangan orang dahulu, agak berbeza dengan perjuangan orang sekarang. Mereka termotivasi oleh hal yang tidak sama.Jika dulu mereka berjuang semata-mata kerana perjuangan tulus tetapi kini mereka juga berjuang, tetapi berjuang untuk mendapatkan peluang dan jawatan.
Beliau bertanya bertanya kepada saya mengenai 9 Januari sama ada Dato' Seri Anwar akan dijatuhkan hukuman atau sebaliknya. Bagaimana sikap rakyat jika beliau dijatuhkan hukuman dan bagaimana sikap mereka jika beliau didapati tidak bersalah.
Hakim yang akan menentukan berdasarkan bukti-bukti yang dibentangkan di hadapannya.Sudah tentu segala sesuatu mempunyai risikonya dan akibatnya. Tuhan dengan jelas menyatakan bahawa kita akan dipertanyakan tentang apa-apa yang kita buat, biar sebesar zarah sekalipun.
Saya ingin belanja beliau minum, tetapi saya teringat bahawa satu ketika dahulu, Cikgu Raskan memperingatkan kalau mahu minum bersamanya, dengan syarat beliau yang belanja.
Saya memujuknya agar sudi ditemuramah mengenai pengalaman-pengalaman dulu, yang berharga jadi tatapan generasi baru.
Alhamdulillah, beliau bersetuju, tapi biarlah ketika sakit alahannya itu sembuh, katanya.
Politik adalah permainan segala kemungkinan, saya teringat kata-kata yang menarik daripada seorang tokoh yang saya tidak ingat namanya.
Ahad, 1 Januari 2012
Catatan mengenai konvoi SAPP dan percakapan dengan YB Raskan
✔
abd naddin
Diterbitkan 6:46 PTG
Tags
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)