Selasa, 13 April 2010

Catatan mengenai Kaka Ali (2)

Tags


Setiap detik perjalanan kami itu dirakamkan Kaka Ali beserta dengan tarikh dan masanya. "Ini bagi memudahkan saya membuat catatan," katanya kepada saya.
Kaka Ali merupakan seorang pengamal media dari Bandar Upi, Maguindanao. Beliau merupakan antara wartawan Iranun di Mindanao yang giat mempromosi kedamaian. Beliau juga giat memperjuangkan nasib bangsanya dan sentiasa mencari jalan untuk memupuk kesedaran di kalangan bangsa peri pentingnya mempertahankan identiti dan `maratabat' Iranun yang berasaskan kepada makna Iranun itu sendiri.