
Saya suka menatap gambar ini. Baharul sudah tentu representasi Bajau, Tadzul sudah tentu representasi Iranun pada masa depan sekiranya beliau ingin, beliau pasti boleh.
Saya fikir dan ramai juga yang berfikir seperti saya bahawa pemimpin yang akan dilahirkan di Kota Belud nanti sebenarnya,seorang pemimpin yang boleh diterima semua kaum. Beliau mungkin berasal dari suku bangsa Iranun tetapi bukan untuk memimpin sukukaum Iranun saja, begitu juga sebaliknya.
Dalam sekeping gambar ini juga ada orang lama, Pakcik Sekil dan Datu Raslin Gayong. Kalau ada gandingan orang lama dan baru, sudah tentu politik akan lebih mantap.
Dengan melihat mereka duduk bersama, hati saya bertambah gembira.
2 ulasan:
mereka ada peluang pada masa hadapan. nampaknya para pemimpin muda ini telah pun memaluh gendang yang menandakan 'signal' bersedia untuk berjuang. semoga berjaya....
pemimpin muda peneraju masa hadapan. mereka ini lah yang akan memainkan peranan yang lebih dalam senario politik masa akan datang.
Catat Ulasan