Sabtu, 10 Januari 2009

Baca Puisi GAZA 18 Januari di KK

Tags








BACA PUISI GAZA 18 JANUARI INI

KOTA KINABALU: Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan Kelab Rekreasi Jabatan Penerangan Sabah (KERPEN) akan bergabung tenaga untuk menjayakan Baca Puisi Gaza yang akan diadakan di Taman Datuk Chong Tian Vun, berdekatan Bangunan Mahkamah Tinggi, bermula pukul 10 pagi hingga jam 1.00 tengahari.

Program baca puisi itu, diadakan sebagai respon penulis dan penyair di negeri ini terhadap kekejaman dan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza yang bukan saja membunuh ribuan anak-anak Palestin malah turut memusnahkan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri, kata Yang Di Pertua BAHASA, Jasni Matlani.

Katanya, program itu dijangka diserikan dengan pembacaan puisi anti perang dan anti keganasan, lagu-lagu puisi dan persembahan monodrama oleh penyair-penyair dan artis terkemuka di negeri ini.

Menurutnya, orang ramai juga dipelawa untuk turut serta menjayakan majlis yang dianggap penting itu kerana ia bukan saja memaparkan keprihatinan golongan penulis dan penyair malah keprihatinan rakyat Sabah keseluruhannya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Program Baca Puisi Gaza di Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah, di sini tengahari kelmarin.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Satu IPS, Sukor Haji Usin, Pengerusi KERPEN, Warman Wagiman, Timbalan Yang Di Pertua Bahasa, Ramli Jusoh.

Jasni berkata, mereka yang berminat untuk membaca dan mendeklamasi puisi dalam majlis itu juga boleh menghubungi urusetia pada majlis itu.

Beliau juga berkata, orang ramai juga boleh menderma dalam Tabung Amal Palestin untuk meringankan beban derita yang ditanggung rakyat Palestin.

Sementara itu, penulis dan penyair di seluruh negeri masih berpeluang untuk menghantar puisi mereka selewar-lewatnya Isnin 12 Januari untuk diantologikan dan akan dilancarkan pada 18 Januari nanti.

Puisi-puisi yang yang bertemakan tragedi yang menimpa rakyat Palestin hendaklah dihantar kepada penyelanggara melalui emel bahasa_sabah@hotmail.com atau kelab maya Sastera Sabah melalui alamat kemsas@yahoogroups.com, atau mengirimkan puisi mereka melalui abdnaddin@yahoo.com.

Penulis, penyair dan peminat sastera yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Ailin Nor melalui talian 0148559095, Jasni Matlani (0168115593), Sukor Haji Usin (o128330664), Jasni Yakub (0198094249) dan Abd.Naddin Hj.Shaiddin (0168351013).



6 comments

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

saya sumbangkan 2 puisi mengenai palestin di www.puisijalimiksawatan.blogspot.com

boleh copy and paste.. utk kedua2 sajak boleh letak nama penulis seperti di bawah.

SUKMA JASA
(Jalimik Sawatan),
Tingkalanon,
Kota Marudu.

Terima kasih

salam...
saya tidaK sempat membuat puisi...
tambahan pula, saya memang kurang berbakat dalam berpuisi...
tapi saya berminat untuk terlibat dalam baca puisi ini...
saya rasa ada jugak warga UMS lain yang berminat untuk turut serta.
apa kata hebahkan di ums...
Kita satukan suara melalui seni menolak Zionis...

http://a10-02.blogspot.com/

Pie, tolong war-warkan program itu rakan-rakan kita di UMS.TK

saya sangat meminati bidang puisi.
Saya ada ciptakan satu puisi khas untuk Gaza.

Sila ke blog saya
http://lovelyvic.blogspot.com/2009/01/puisi-buat-semenanjung-gaza.html

Sy ada membuat satu puisi khas untuk Gaza. silalah ke blog sy di ....http://lovelyvic.blogspot.com/2009/01/puisi-buat-semenanjung-gaza.html