tag:blogger.com,1999:blog-5505389714261483657.post6869421020290758362..comments2023-10-24T05:32:17.521+08:00Comments on abdnaddin: Catatan ringkas mengenai kampung kamiUnknownnoreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-5505389714261483657.post-75135223052127388502009-10-24T12:44:23.305+08:002009-10-24T12:44:23.305+08:00komen saudara Depu-depu dalam blognya http://www.d...komen saudara Depu-depu dalam blognya http://www.depu-depu.blogspot.com.

Antara perkara yang paling mencuit hati saya dengan semangat yang berkobar atas keinsafan bahawa masih ada lagi penulis yang berkesempatan membuka lembaran tinta bagi sebuah kampung bernama Tamau, ialah apabila menatapi coretan seorang wartawan ternama Sdr.Abd.naddin sahiddin yang juga mebesar bersama siulan kedamaian kampung yang teletak di pinggir pantai laut china selatan ini. Dan rasanya begitu terbuai membaca catatan itu yang dilukiskan oleh beliau di dalam blog nya. catitan itu turut juga menjadi perhatian Sdr. Musram yang juga "pagari" dan anak jati kampung berkenaan.

Menceritakan bagaimana perkembangan minda intelek dalam dunia pendidikan keagamaan dan moden di kampung itu, membuatkan saya banyak mengimbau akan keadaan yang brelaku lewat 30-40 tahun yang lepas. Mengingatkan saya bahawa perkembangan itu turut 'membesar' dengan jiwa dan raga kerana tokoh -tokoh berpendidikan di kampung itu, seperti yang disebutkan oleh sdr Naddin adalah saya kenali secara dekatnya dan beranggapan bahawa mereka adalah pelopor kepada dunia pendidikan di kampung Tamau.

Nama-nama seperti sdr. Musram, Sdr razak, Sdr Akriah, Sdr Rupilin, Sdr haji sain, sdr Milus, sdr Yusof Rakunaman,Ustz. Satri, Ustz Laiman, Ustz Daiman, ustz Sawi, Ustz saipul ,ustz Abdi, Ustz Madli dan beberapa orang lagi yang tidak sempat saya senaraikan adalah antara tokoh terpelajar yang merintis kepada pencapaian kampung Tamau dari sudut keilmuan berkaitan dengan bidang keagamaan juga ilmu-ilmu moden. Dan benar bahawa sekarang inipun sudah begitu ramai graduan lepasan Universiti yang dikeluarkan oleh kampung Tamau. rasa saya adalah patut jika satu kajian mendalam sama ada berbentuk kaji selidik dan laporan perlu diusahakan untuk mendapatkan data terkini bilangan graduan di kampung Tamau. di samping sebagai rujukan masa depan, data berkenaan juga menjadi pembakar semangat kepada generasi baru di kampung tamau untuk terus berusaha meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Sebagai salah seorang anak jati kampung Tamau, sekali-sekala persoalan 'sumbangan' berlegar di kepala saya.. Apakah peranan para cerdik pandai di kampung Tamau..? Adakah perlu satu program dirancang untuk menghimpunkan tokoh-tokoh cerdik ini? Untuk apa..? dan bagaimana..? Siapa yang memulakanya..? berpesatuan pada peringkat kampung mungkin kecil faedahnya tetapi besar manfaat jika dibuat untuk mengukuhkan tali silaturahim yang mula rengang akibat kesibukan kehidupan yang masing-masing ketahui. kalau dulu tokoh-tokoh ilmuan di kampung Tamau, kerap bermuzakarah di majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan kematian, budaya itu terbantuk pada zaman generasi cerdik pandai ini mengambil posisi dalam masyarakat kampung.

Budaya bermuzakarah, bersoal jawab dan perbincangan secaras ilmuan akan mewujudkan suasana pentarbiyahan yang berkekalan. dan atas kesedaran itu, pada hemat saya ahli-ahli fikr ini perlu segera dikumpul..sebelum kelewatan, kerana pada minda mereka terdapat mutiara yang amat besar sinarnya jika dimanfaatkan untuk pembangunan kampung Tamau.abd naddinhttps://www.blogger.com/profile/12242951133619520294noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5505389714261483657.post-24002976167773083782009-10-21T16:43:40.707+08:002009-10-21T16:43:40.707+08:00Tulisan Sdr. ini pada saya amat menarik. Ia merupa...Tulisan Sdr. ini pada saya amat menarik. Ia merupakan satu kisah kisah pensejarahan yang baik dan mempunyai fakta yang tepat.

Tulisan ini membawa saya mengimbau kembali bagaimana saya bersua dengan beberapa kalangan pelajar pondok ini melalui sdr. Akriah yang juga kebetulan rakan saya di Universiti [USM].

Di samping itu,saya juga mengenali beberapa orang mereka [pelajar dari Tamau ini] serta sebahagia pelajar dari Daerah Ranau ketika mereka belajar di pondok Pokok Sena dan lain-lain sekolah [1989/90] kerana kebetulan pada masa yang sama saya juga adalah sebahagian dari petugas Jawatankuasa Suruhanjaya Di Raja [wakil pelajar] ketika Universiti Sains Malaysia membuat kajian tentang permasalahan sekolah pondok Malaysia, khususnya yang terdapa di negeri-negeri utara Malasyia spt. Kedah, Pulau Pinag dan Perak.

Saya mengakui dan berpendapat bahawa jauh di sebalik gerakan ini, ia bukan sahaja dapat menzahirkan begitu ramai golongan muda Tamau menjadi ilmuan Islam tetapi jugalah ia turut melahirkan satu bentuk aliran pemikiran baru dalam dunia politik Kota Belud, di kalangan generasi muda di Tamau, dengan memilih Islam sebagai wadah baru politik mereka terutamanya partiPAS.

Sementara itu terdapat beberapa orang yan lebih sederhana memilih Umno yang dianggap parti yang juga memperjuangkan Islam [melalui moto:demi Agama, Bangsa dan Negara] sebagai wadah atau landasan politik mereka.

Namun begitu, pada saya sesuatu yang agak menyedihkan saya, walaupun begitu ramai golongan belia ini yang mendapat pendidikan Islam secara formal dan mendalam, namun setahu saya belum sebuah sebuah sekolah pondok atau sekolah agama rakyat yang terbina melalui gerakan ini, di mana pengetuanya dari kalangan graduan pondok. Wallahu alam. Sekian!Laliman Ahmadhttps://www.blogger.com/profile/15267264880725913447noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5505389714261483657.post-58863858711787161582009-10-20T17:57:02.953+08:002009-10-20T17:57:02.953+08:00Jemput beri komen dalam tulisan terbaru saya di bl...Jemput beri komen dalam tulisan terbaru saya di blog. T.Kasih.Maruf Ismailhttps://www.blogger.com/profile/17222330289758068998noreply@blogger.com