Sabtu, 7 November 2009

Sekitar Nadwah Pewaris Nabi

Sungguh mulia hati orang-orang yang mengilhamkan program Nadwah Pewaris Nabi yang diadakan di Dewan Serbaguna USIA pada 7 November lepas. Program anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Sabah dengan kerjasama erat JAKIM, JHEAINS,dan USIA.
Saya terharu melihat ustaz-ustaz , ustazah-ustazah yang telah lama berkhidmat, ada yang sejak tahun 60-an lagi, yang sudah puluhan tahun berkiprah dalam dunia dakwah menghadirkan diri dalam majlis itu.
Saya terharu berjumpa Ustaz Aziz Rejab, ustaz saya dulu di sekolah rendah SK Tamau. Juga Ustaz Mutalib, ustaz saya waktu menuntut di SUI An Nuar Taun Gusi.
Betapa kagumnya saya melihat mereka.Wajah-wajah jernih dan ikhlas itu. ....














3 ulasan:

Pa'al berkata...

tahniah untuk semua di USIA, abg Nad :-)

abd naddin berkata...

Pena Alam,
Nadwah Pewaris Nabi ini dianjurkan oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Sabah dengan kerjasama USIA, JAKIM dan JHEAINS. Salam

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih tuan kerana hadir dan membuat liputan dalam majlis berkenaan.

Kejayaan majlis kami perolehi apabila para guru yang dikasihi bertemu sesama mereka.

Apa akan jadi kepada kita tanpa dakwah Islam. Asbabnya Allah SWT telah mengutus para pendakwah yang tabah dan istiqamah.

Pengalaman mereka akan diabadikan, dan saya sendiri akan menyusuli, berjumpa sedikit demi sedikit menurut kemampuan.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka, memberikan kesihatan untuk berjuang demi Islam, menegakkan kalimah Allah yang tinggi sehingga nyawa berpisah badan.