Alhamdulillah, kami mengucapkan rasa syukur kerana Majlis Perkahwinan adik saya, Abd.Jamdin Haji Shaiddin atau Datu dengan pasangannya Rosnani Salagan di Kampung Tamau Kota Belud berlangsung dengan sederhana. Ramai sahabat handai,sanak saudara, pagari dan denakan, kenalan dan rakanrakan yang hadir ke majlis itu, kami ucapkan terima kasih.
Kehadiran Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haji Musbah Jamli yang juga ADUN Tempasuk amatlah menggembirakan kami. Beliau hadir bersama Pemimpin Kemajuan Rakyat Tempasuk, Bagdad Haji Turogan.
Kami juga berasa gembira dengan kehadiran Ketua Editor Utusan Borneo, Samsul Ali Maran dan isterinya, Masna Sunding. Selain itu, Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS) Sukor Haji Usin, Yang Di Pertua Badan Bahasa Sabah, Jasni Matlani, Timbalan YDP Bahasa, Cikgu Ramlie AR, Sahabat dan saudara kami, AliuddinMohd.Salleh atau nama penanya, Ailin Nor, Seniman Muhammad Haji Salleh atau Mat Congo turut menambah seri suasana.
Pada malam sebelumnya, Ustaz Haji Awang Laiman Haji Ekin, mantan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tempasuk, kawan baik saya turut hadir.
Keluarga isteri saya, dengan menaiki tiga kereta menempuh perjalanan10 jam dari Tawau untuk menyaksikan majlis perkahwinan itu.Juga keluarga dari Tuaran, Kudat, Likas KK dan lain-lain yang telah meluangkan masa menghadiri majlis tersebut kami ucapkan penghargaan yang tidak terhingga.